BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 24, 2010

CeRiTa HaNtu

Terdapat sebuah asrama dimana semua pelatih jururawat tinggal. mereka nie masih belajar untu menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah sehingga kini.

Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh dari asrama sebelumnya.

Para pelatihpun mengemas barang-barang mereka dan perpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. Meraka ditempatkan dalam dorm 342. MEraka bertiga ini yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu pada waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bayangkan, mereka ni penakut tetapi bercerita pasal hantu tambahan lagi pada waktu malam. Eee.. Peliknya...

Sedar tak sedar, malampun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Apabila mereka bertiga meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat melelapkan mata. Paa lagi, mereka pun memulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ade cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka maih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur.

Tepat jarum jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, Nita tiba-tiba terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Ini membuatkannya takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan diakhiri dengan kegagalan. Kemudian die mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Sya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Nurul pun kemudian menyambung tidur.

Dalam keadaan memberanikan diri, Nita punberjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajat, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk ke luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelakdari[ada didengari oleh apa yang dia nampak.

Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakain. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh. cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan menuju ke arah 'benda' itu dan menegur, "siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "kenapa kamu berada di sini?". Masih tiada jawapan diterima. Pertanyaan Nita yang ketiga pun dilontarkan,"apa yang bau wangi sangat ni?". Akhirnya, ia melihat ke wajah Nita dan berkata,"makcik guna sabun DAIA baru, lupekan yang lain!!"

Rupa-rupanya makcik tua itu menumpang tandas asrama itu untuk mencucu pakaian kerana bekalan air di rumahnye terputus......

~tamat~

0 comments: